:
QURANIC BOTANICAL GARDEN (QBG)

 

 

 

 AHLI JAWATANKUASA QURANIC BOTANICAL GARDEN

 

PENAUNG                             : Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latif bin Ibrahim

                                              Director, Bio-IT
                                               Universiti Selangor (UNISEL)

 

                                           : YB Dr Hajah Halimah binti Hj Ali

                                            Adun Selat Klang (N45)

 

PENASIHAT                          :Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Islam Al Farabi

PENGARAH                          : Tn. Hj. Daud bin Dollah

TIMB. PENGARAH               :Ustaz Mohd Yazid bin Mohd Samsuddin

SETIAUSAHA                       :Ustazah Norfarihah binti Mohamed Subri

BENDAHARI                        :Puan Norfaieza binti Shahir

PENTADBIRAN                    :Encik Ahmad Mus’ab bin Kamaruzzaman

AJK KECERIAAN                  

                                                :Ustaz Mohd Mahfuz bin Syafaat

                                                :Ustaz Bashir bin Bakar

                                                :Ustazah Suhartini binti Ismail

                                                :Ustazah Sunariyah binti Sumardi

                                                :Ustazah Nora binti Ali

                                                :Ustaz Abd Rahman bin Oshman

                                                :Ustaz Mohamad Fakrurazi bin Mohd Fauzi

                                              

AJK KEBERSIHAN                      

                                                :Seluruh Warga Al Farabi

 

PENGENALAN QURANIC BOTANICAL GARDEN

 

Ilham untuk menubuhkan Taman Mini Botani Al-Quran (Mini Quranic Botanical Garden) timbul daripada Yg. Bhg.Dr Halimah Ali, Adun Selat Klang (N45), semasa beliau menghadiri  ‘The First International Forum On The Quranic Botanical Garden, yang telah diadakan di Doha pada 2-4 Disember 2009. Beliau telah mencadangkan supaya International Islamic Academy for Life Sciences  and Biotechnology (IAB) mengkaji penubuhan satu taman di sekolah-sekolah dengan tujuan untuk mengharmonikan ilmu yang ada di dalam al-Quran dengan ilmu dalam bidang saintifik. Berasaskan kepada cadangan beliau, pihak IAB telah menubuhkan satu unit Tunas Ilmuan dimana pelajar-pelajar sekolah akan terlibat dalam projek-projek yang dijalankan. Bagi menjayakan program-program yang dijalankan, Tunas Ilmuan telah menjalin kerjasama yang erat dengan Program Jejak Ilmuan dimana melalui program ini para pelajar memperoleh bimbingan dan tunjuk ajar daripada para saintis yang ada.

 

Penubuhan Taman Mini Botani Al-Quran ini diharap dapat menawarkan peluang kepada para pelajar untuk mencari dan mengkaji kebijaksanaan ilmu Islam seperti yang telah tertulis di dalam Al-Quran melalui penggunaan bioteknologi moden. Taman Mini Botani Al-Quran sebenarnya mewakili satu inisiatif yang lebih luas dan unik dalam mempromosikan dan menghidupkan kembali kegemilangan ilmu Islam melalui pengharmoniannya dengan penggunaan bioteknologi moden untuk kemajuan manusia dan sains.

 

Bagi merealisasikan hasrat murni ini, Sekolah Islam Al Farabi Kg Delek Klang telah menyahut seruan Yg. Bhg. Dr Hjh Halimah Ali untuk mewujudkan Taman Mini Botani Al-Quran ini di dalam kawasan Sekolah Islam Al Farabi. Ini juga bersesuaian dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri terhadap Kampung Delek sebagai “Mini Serambi Mekah” dan juga merupakan kampung yang tertua di Selangor dengan usia mencecah lebih 100 tahun.

 

Melalui program ini diharap matlamat untuk memacu Selangor kearah negeri maju berteraskan budaya ilmu dapat direalisasikan. Selain itu, taman ini juga diharap dapat mengumpul sebanyak mungkin tumbuh-tumbuhan yang telah disebutkan didalam Al Quran terutamanya yang berada di Malaysia dan luar Negara.

 

OBJEKTIF

 

  • Menjadikan Al-Quran sebagai sumber pengetahuan untuk manfaat dan kesejahteraan sosial ummah.
  • Mewujudkan kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai pemuliharaan dan kepentingan tumbuh-tumbuhan serta penggunaannya yang boleh diperolehi daripada Al-Quran dan Hadis
  • Mengharmonikan pengetahuan Islam (Al- Quran) dengan pengetahuan saintifik untuk kemajuan pendidikan ummah.
  • Mewujudkan kesedaran bahawa tumbuh-tumbuhan terutamanya yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis adalah sumber kepentingan makanan kesihatan dan perubatan.